Pada 28hb Mac lalu, kami dengan berbesar hati telah mengambil bahagian untuk membuka booth di dalam 'Program Juara Rakyat' yang bertempat di Kompleks Japerun Sungai Udang, Melaka.

Seawal jam 8.30 pagi, kami sudahpun berada di sana untuk memulakan persiapan bagi menyambut kehadiran para pengunjung yang kebanyakannya adalah penduduk setempat. Terdapat pelbagai pameran dari institusi kerajaan dan juga swasta yang memenuhi perkarangan dewan untuk turut serta mempromosi produk dan perkhidmatan mereka.
.jpg)
Antara aturcara yang diadakan dan mendapat sambutan adalah pertandingan karaoke nyanyian lagu-lagu patriotik. Tak sangka ramai juga yang cuba tunjuk bakat dengan penuh rasa patriotik. Acara cabutan bertuah juga memeriahkan suasana kerana setiap pengunjung berpeluang untuk menerima saguhati berupa sekampit anak pokok sumbangan dari Industri Pertanian dan Asas Tani negeri Melaka. Bersama-samalah kita menanam lebih banyak pokok untuk menghijaukan bumi.
Sepanjang berada di sana, kami berasa gembira dapat bertemu secara lebih dekat dengan penduduk setempat. Disamping memperkenalkan produk-produk dipasaran, kami juga dapat mencap

ai objektif untuk menguar-warkan tentang pembukaan cawangan TMpoint yang terbaru di Cheng, Melaka. Jadi, penduduk berhampiran tidak perlu lagi pergi ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan perkhidmatan yang kami tawarkan seperti pembayaran bil utiliti, bil Celcom, bil Astro dan semestinya juga bil telefon.
Majlis berakhir sekitar jam 2.00 petang setelah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Idris bin Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu dan dihadiri oleh beberapa EXCO kehormat diantaranya ialah YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin, EXCO Adun Sg. Udang.
Info: Program Juara Rakyat merupakan usaha kerajaan dalam menjuarai kehidupan, pembelaan dan menjadi johan membangunkan rakyat serta sentiasa di barisan depan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.